Pentas Ais Larsen
Pentas Ais Larsen

Pentas Ais Larsen

Pentas Ais Larsen ialah pentas ais panjang di barat laut sebahagian dari Laut Weddell yang mengjangkau sepanjang pantai timur Semenanjung Antartik dari Tanjung Longing ke kawasan selatan Pulau Hearst. Peristiwa ini dinamakan sebagai memperingati Kapten Carl Anton Larsen yang merupakan pemilik kapal penangkapan ikan paus Norway Jason, yang berlayar meredah ais sejauh 68°10' Selatan pada bulan Disember tahun 1893. Dengan lebih terperinci, Pentas Ais Larsen ialah satu siri pentas yang menduduki (atau diduduki) penelukan berbeza di sepanjang pantai. Dari utara ke selatan, segmen itu dipanggil Larsen A (terkecil), Larsen B, dan Larsen C (terbesar) oleh penyelidik yang bekerja di kawasan itu. Jauh ke selatan pula, ada segmen-segmen yang turut dinamai sebagai Larsen D, E, F, G yang lebih kecil juga.[1][2]Pemecahan pentas ais sejak pertengahan tahun 1990-an telah dilaporkan secara meluas,[3] dengan runtuhan Larsen B pada tahun 2002 yang sangat dramatis. Sebahagian besar pentas Larsen C dilaporkan telah pecah pada awal minggu 10 Julai tahun 2017.[4]

Rujukan

WikiPedia: Pentas Ais Larsen http://www.bbc.com/news/science-environment-385229... http://www.bbc.com/news/science-environment-403216... http://www.businessinsider.com/antarctica-giant-ic... http://www.cnn.com/2017/07/12/world/larsen-c-antar... http://www.csmonitor.com/Science/2012/0509/Warm-wa... http://zeenews.india.com/environment/a-massive-rif... http://www.manoramaonline.com/environment/globalwa... http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=s... http://onlinelibrary.wiley.com/store/10.1029/2005E... http://epic.awi.de/14515/1/Rie2004b.pdf